Monday, November 17, 2008

PERUT BUNCIT PENDEK UMUR

Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

"Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.

Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.


"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau. – Ehsan dari Berita Harian.

MINYAK DAH TURUN HARGA BARANG BILA LAGII…..

Harga minyak hari ini RM 2.15 seliter, membuktikan kerajaan prihatin mengenai harga pasaran dunia dan yang paling utama sekali terhadap rakyat Malaysia. Satu ketika semasa harga minyak dunia melambung tinggi, dan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak, tidak sampai seminit harga barang melambung tinggi. Semua menggunakan alasan harga minyak dah mahal. Semua pemborong dan peruncit tidak mampu menanggung kos bahan api api yang tinggi, Masalah diletakkan kepada kerajaan, kononnya harga barang dinaikkan disebabkan harga minyak yang dinaikkan oleh kerajaan terlalu tinggi. Isu harga minyak naik memang hebat diperkatakan disana sini. Di warung-warung kopi dipelusuk kampung heboh memperkatakan tentang harga barang naik disebabkan harga minyak yang dinaikkan oleh kerajaan.

Namun begitu, setelah harga minyak dunia turun, dan kerajaan telah menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia. Tapi…… harga barang masih lagi mahal. roti canai mahal, teh tarik mahal. beras mahal. ikan mahal, semua barang mahal. Minyak turun… barang harian tetap mahal.. ada masalah lagi ke kerajaan, adakah kerajaan penyebab harga barang tidak turun….Minyak turun tidak jadi topik hangat…. Tak kedengaran orang ramai bercerita pasal harga minyak dah turun…..Adakah peruncit dan pemborong nak cepat untung. Alasan yang selalu di dengar pihak ejen, pengeluar dan pengilang juga tidak menurunkan harga barangan mereka. Adakah harga kenderaan akan naik..orang jual kereta sebab tak mampu nak isi minyak, sebab minyak mahal…. Adakah bila minyak turun… harga kereta jadi mahal, minyak hitam naik harga, tayar kereta naik harga atau sticker kereta pun naik harga juga……Manalaa tahu penutup tayar kereta pun naik harga…. Semuanya gara-gara kerajaan turunkan harga minyak. Rakyat berminat beli kenderaan… disebabkan harga minyak dah murahh.

Kerajaan hari ini telah melancarkan kempen penurunan harga barang. Tapi kesan daripada kempen tersebut seolah-olah macam hidup segan mati tak mahu. Adalah semua pihak yang terlibat buat bodoh jer…. atau mekanisma yang digunakan oleh kerajaan tidak tepat, ketinggalanm zaman, sudah lapuk, tidak mencukupi pegawai pemantau…. adakah pegawai pemantau malas nak pergi buat pemantauan… atau takut kena belasah oleh peruncit….
Boleh dikatakan harga barang di pusat beli belah seperti Giant dan Carrefour telah mula menurunkan harga barang. Tapi macam mana pulak kedai-kedai runcit dikampung… Harga barang melampau tinggi….tak ingat punya mahal…. Adakah pegawai pemantau masuk kampung untuk pantau harga barang…harga barang di kampung masih lagi mahal… alasan pemborong, pengilang atau ejen tidak menurunkan harga barang….. ataupun peruncit memang saja nak untung cepat…. Manalaa tau menggunakan alasan elektrik mahal….

Adakah pegawai pemantau yang dilantik tidak diberikan kursus mencukupi, atau tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya disebabkan oleh status kontrak yang dijanjikan setahun dan bakal diserap. Tapi tak diserap juga Apabila janji kosong yang diberikan….. status kontrak tetap kontrak walaupun dah bertahun-tahun… ataupun tidak boleh ‘claim’ lebih….

Banyak juga cadangan agar hypermarket-hypermarket diberikan lesen beroperasi 24jam.. alasannya agar orang ramai boleh membeli belah pada sebelah malam atau pun selepas waktu berkerja.. Tak tahu laaa sejauh mana berkesan…Ada juga yang cadangkan agar kerajaan melantik syarikat-syarikat dibawahnya agar buka kedai-kedai runcit di serata pelusuk negeri dengan menjual barang-barang harian dengan harga kos dan kalau nak ambil untung pun…. Untung sikit jerlaaa. Ambil untung untuk kos pengangkutan sikit cukup laaaa. Kata nak turun harga barang. Dah…..susah sangat peruncit-peruncit nie nak turunkan hargakan. Kalau brani laaa..Buatlaaa….Tetapi peruncit-peruncit yang berniaga kecil-kecilan membantah seolah-olah kerajaan mahu peruncit-peruncit kecilan ini gulung tikar….Adakah ini mekanisma yang perlu dibuat supaya peruncit-peruncit menurunkan harga barang……

Apapun yang kerajaan buat, turun harga minyak, adakan kempen turunkan harga barang…tetap tidak memuaskan hati semua. Dimanakah silapnya……..

KEPIMPINAN

Kepimpinan ialah proses di mana individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain di dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh, yang mana seorang pemimpin itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

Dengan pengertian yang serba ringkas di atas tentang istilah kepimpinan, bolehlah dirumuskan bahawa pemimpin adalah orang bertanggungjawab untuk menentukan halatuju kumpulan yang dipimpinnya. Benarkah teori dan maksud kepimpinan yang digambarkan ini dapat diguna pakai dan dapat di amalkan di dalam UMNO? Sesungguhnya, pemimpin terbahagi kepada dua. Pertamanya, pemimpin yang dilahirkan memang untuk menjadi pemimpin dan keduanya yang di asuh untuk menjadi seorang pemimpin.

Pemimpin yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin ini, mempunyai kekuatan daya pujuk yang luarbiasa dan biasanya golongan ini akan dapat menarik kumpulan yang di pimpinnya untuk mendengar segala pandanganya. Lebih dari itu, pemimpin golongan ini mampu membuatkan kumpulan yang dipimpinnya berjuang bermatian matian di dalam merealisasikan keinginan pemimpinnya.

Pemimpin yang diasuh untuk menjadi seorang pemimpin adalah seorang pemimpin yang terpengaruh dengan gaya kepimpinan gurunya. Kadangkala pemimpin jenis ini bertindak di luar batas kemampuannya lantas menjadikan segala tindakan dan buah fikirannya sekadar satu retorik dan bagai mimpi yang tidak berpenghujung.. Tidak dapat dinafikan ada segelintir pemipin jenis ini yang berjaya di dalam gaya kepimpinanya.

Di dalam kesibukkan mesyuarat bahagian UMNO sekarang ini, pengertian tentang kepimpinan haruslah di ambil kira. Janganlah kerana calon yang dipilih menawarkan sepinggan nasi goreng maka calon tersebut di anggap pemimpin yang akan dapat merubah segala-galanya

Calon calon yang bertanding boleh menawarkan apa sahaja termasuk bulan dan bintang untuk memancing hati ahli-ahli. Ada yang tanpa segan silu ke sana ke mari dengan membawa beg yang penuh berisi…!!! (tidak perlu dinyatakan apa yang terkandung di dalam beg itu).

Apakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan? Pemimpin yang ternyata tidak ikhlas di dalam perjuangannya. Seorang pemimpin hendaklah sentiasa dekat bersama kumpulan yang dipimpinnya dan bukan sekadar pemimpin bermusim.

Kepada yang berhasrat untuk bertanding, biarlah menjadi seperti seorang anak gadis yang telah dihias rupanya. Setelah lengkap berhias, keluarlah berjalan. Berjalanlah dengan ikhlas dan kekal dengan adat budaya Melayu serta tidak menjolok mata. Kalau ada mata yang berkenan, bolehlah dihantar rombongan meminang. Tidak perlu untuk berjalan dalam keadaan yang menjolok mata dan berpakaian yang mendedahkan. Ianya hanya akan membawa kepada musibah. Kepada ahli ahli cawangan, apa yang dilihat kadang kala tidak mencerminkan segala galanya. Fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Untuk mencari pemimpin hendaklah kita mencari yang boleh memimpin kita dan janganlah kita yang dipaksa untuk memimpinnya. Apakah kita mahukan bekas pemimpin seperti negara jiran kita yang terpaksa dipimpin untuk berjalan????

Kepada seluruh ahli ahli UMNO cawangan, di bahu anda lah terletak nasib dan halatuju UMNO. Jika tersilap kira dan tersilap percaturan, binasalah UMNO dan perjuangan menjadi sia sia.

Berfikirlah dengan waras…Tepuk dada tanyalah selera..kerana apa yang diputuskan itulah menjadi petunjuk kepada itulah mahu kita!!!!!

SUSAH SANGAT KE NAK MINTA MAAF?????

AGAKNYA APA YANG DAH JADI DENGAN ORANG MELAYU SEKARANG INI? MENARIK NAFAS LEGA ATAU MENYANDAR DI KERUSI KERANA KEPUASAN?? KEPUASAN APAKAH YANG AGAKNYA DICAPAI OLEH ORANG MELAYU??

KEPUASAN KERANA MEMBUKA AIB SESAMA MELAYU ATAU KEPUASAN KERANA GUGURNYA SEORANG ‘KOLONEL’ MELAYU???

TERPANGGIL UNTUK MENCORETKAN ILHAM RASA INI BUKAN KERANA HENDAK MENJADI PEMBELA ATAU MENJADI HERO MELAYU TETAPI HANYALAH UNTUK MEMBELA TRADISI DAN BUDI BAHASA MELAYU.

DALAM KEMELUT POLITIK SEKARANG INI, APAKAH ORANG MELAYU SUDAH MERASAKAN SUDAH MENCAPAI SUATU KEMENANGAN BESAR APABILA PRESIDEN UMNO YANG ADA SEKARANG MENGUMUMKAN UNTUK TIDAK MEMPERTAHANKAN JAWATAN YANG DISANDANGNYA??

RATA RATA NAMPAKNYA BERPUAS HATI DAN TERSENYUM GIRANG APABILA PENGUMUMAN ITU DI BUAT TANPA MENGAMBIL KIRA AIB DAN MALU YANG TERPAKSA DI TANGGUNG OLEH PRESIDEN TERSEBUT. KITA TIDAK USAH MEMANDANG BELIAU SEBAGAI PRESIDEN SEBALIKNYA PANDANGLAH BELIAU SEBAGAI SEORANG SUAMI, BAPA DAN BAPA MERTUA KEPADA ISTERI, ANAK DAN ANAK MENANTUNYA. APA AGAKNYA PANDANGAN AHLI KELUARGA BELIAU KEPADA TAMPARAN YANG BELIAU TERIMA OLEH ORANG ORANG MELAYU??

NAMPAKNYA ORANG MELAYU TANPA SEGAN SILU MEMBUKA PEKUNG DI DADA. APAKAH PEKUNG ITU SEDAPNYA SEPERTI SUSU BAGI ORANG MELAYU??

PERSOALAN YANG INGIN DISAMPAIKAN DI SINI BUKANLAH SOAL AIB ATAU NASIB YANG MENIMPA PRESIDEN ITU TETAPI YANG INGIN DISAMPAIKAN DI SINI IALAH APAKAH WAJAR PRESIDEN ITU SAJA YANG TERPAKSA MENANGGUNG AKIBAT DARIPADA KESAN KEKALAHAN ATAU AIB YANG TERPALIT DI DALAM PILIHANRAYA UMUM YANG DIADAKAN BARU BARU INI?? WAJARKAH HANYA BELIAU YANG DISALAHKAN??

ADA PIHAK YANG SEPATUTNYA TURUT BERTANGGUNGJAWAB ATAS AIB DALAM PILIHANRAYA ITU TANPA SEGAN SILU MENGUMUMKAN UNTUK TERUS BERTANDING DI DALAM PEMILIHAN AGUNG UMNO YANG AKAN DATANG TANPA MENGAMBIL KIRA DAN RASA BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEKALAHAN DALAM PILIHANRAYA INI. KEADAAN INI SAMALAH SEPERTI SEORANG ANAK YANG GAGAL DALAM PELAJARANNYA DI UNIVERSITI. ADAKAH WAJAR SEORANG BAPA DISALAHKAN KERANA KEGAGALAN ANAKNYA DI UNIVERSITI SEDANGKAN HAKIKATNYA SEORANG BAPA PASTI INGINKAN YANG TERBAIK BUAT ANAKNYA. CUBIT PEHA KANAN PEHA KIRI TURUT TERASA SAKITNYA.

RASA SAYU DAN SEDIH APABILA MELIHAT RIAK MUKA PRESIDEN ITU APABILA MENGUMUMKAN UNTUK TIDAK MEMPERTAHANKAN JAWATAN PRESIDEN NYA. WALAUPUN BELIAU TERSENYUM TETPAI SIAPA YANG TAHU PERASAAN DI DALAM HATINYA…MUNGKIN KOYAK RABAK ANGKARA ORANG MELAYU YANG TIDAK TAHU MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB AKIBAT KESALAHAN BERSAMA DALAM PILIHANRAYA YANG LALU. MUNGKIN ORANG MELAYU SUKA MENGINTAI INTAI KELEMAHAN ORANG MELAYU YANG LAIN TANPA MENGAMBIL KIRA BAHAWA MELAYU ITU SERUMPUN DAN SEPERTI AUR DENGAN TEBING. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

TAK MENGAPALAH MUNGKIN MELAYU SEDANG ENAK DIBUAI MIMPI DAN RASA KEPUASAN YANG TIDAK TERHINGGA..BIARLAH AIB PRSEIDEN MELAYU ITU TERUS TERPALIT DI MUKA PRESIDEN ITU DAN BIARLAH BELIAU KESEORANGAN DI DALAM LORONG GELAP..MUNGKIN ITU MAHU MELAYU???

KALAU TIDAK MAHU MEMBELA NASIB MELAYU DAN MENGAMBIL SEDIKIT TANGGUNGJAWAB ATAS KEKALAHAN DI DALAM PILAHNRAYA DAN KEADAAN EKONOMI NEGARA SEKARANG INI, BUKALAH MINDA UNTUK TERPANGGIL SETIDAK-TIDAKNYA BERKATA ‘AKU HARUS MEMINTA MAAF KEPADA PRESIDEN KERANA GAGAL MEMBANTUNYA’…AGAKNYA-AGAKNYA…SUSAH SANGAT KE NAK MINTA MAAF?????????

Thursday, August 7, 2008

PILIHAN RAYA…….DUIT RAYA ……HANTU RAYA

Adalah kita sudah cukup matang dan bijak dalam mencari, memilih,mencalunkan serta menyokong siapakah yang akan menjadi pemimpin kita??
Tidak dinafikan, semua insan yang mempunyai akal dan fikiran yang waras, haruslah berfikir secara waras, jangan was-was serta ikhlas dalam menilai dan memilih pemimpin dan kepimpinan demi untuk memimpin kita menjalani kehidupan seharian.
Barulah kehidupan sempurna.. bak kata ulamak-ulamak, insan yang cemerlang….
Tapi adakah ianya berlaku kepada semua golongan masyarakat.??
Mungkin tidak semua yang menggunakan akal fikiran yang waras dalam menentukan corak kehidupannya. Ada yang suka menggunakan akalnya untuk kepentingan sendiri.
Adakah kita hanya menjadikan pilihanraya sebagai medan untuk mengumpul duit raya semata-mata dan memilih calon-calon hantu raya yang mampu menggunakan kemewahan semulajadi ataupun tidak semulajadi….. bagi memancing undi???.
Kalau ianya berlaku, alangkah teruknya politik kita sekarang.
Bak kata orang, yang kaya…. semakin kaya dan berkuasa ,,,,dan yang miskin semakin kedana.
Dimanakah nilai seorang pemimpin yang harus kita pilih??…. Adakah hantu raya atau seorang insan yang mempunyai kemampuan yang akan dipilih untuk memimpin??
Semakin dekat dengan pemilihan, lawan-melawan merebut jawatan, lawan pilihanraya kecil atau besar…. Semuanya duit.
Duit berlimpah datang melayang-layang walaupun bukan dihari raya.
Banyak istilah duit raya sekarang rupanya………sekiranya senarionya begitu, yang kaya mampu menggunakan kekayaan untuk mendapatkan kedudukkan.. di Parlimen,di Dewan Undangan Negeri ataupun jawatan-jawatan di peringkat pusat,bahagian hatta cawangan…
Inilah yang diwar-warkan sekarang….duit-duit,dimana kau duit!!!!
Duit memainkan peranan dalam semua hal… Adakah Malaysia sekarang dan akan datang akan dipengaruhi oleh hanya orang-orang yang berduit??…
Semua kelayakan atas kertas boleh dibeli dengan wang ringgit, adakah perlembangaan juga boleh dijual beli?????……
Adakah sistem keselamatan ,kehakiman boleh dibeli dengan wang ringgit??…..
Adakah kepimpinan negara juga ada nilai ataupun ada potongan harga 50%??... atau lebih…..
Sakit kepala bila dipikirkan benda alah nie..

Tuesday, August 5, 2008

KITA NAK BUAT KENDURI...JIRAN AJAK KELAHI??

Heboh dikatakan oleh beberapa pemimpin tak kiralah dari mana pun partinya mengkritik ura-ura penggabungan antara PAS dan UMNO. Biarlah masih diperingkat perbincangan sudah terdengar keluh-kesah di antara mereka.

Secara mendadak, timbul dasar bangsa Malaysia di war-warkan sebagai satu cara penentangan terhadap usaha penggabungan ini kerana ianya dilakukan demi menyatukan umat Melayu di negara ini.

Pelik dan hairan apabila usaha meningkatkan martabat Melayu ini direncanakan, terdengarlah suara-suara sumbang menentang perancangan ini.
Persoalannya..siapakah yang menjadi duri dalam daging yang meniup kepada pengujudan bangsa Malaysia??????

Semenjak merdeka, mereka yang mengutarakan idea bangsa Malaysia ini masih mahu mengekalkan identiti rasmi mereka. Tidak pernah dihalang penubuhan sekolah yang mengekalkan bahasa ibunda.

Disebuah negeri yang tak sampai setahun jagung dipunyai, kerajaan yang memerintah telah menamakan semua jalan dalam bahasa ibunda mereka. Sehinggakan pihak berkuasa juga disarankan agar mempelajari bahasa ibunda mereka agar dapat memberikan perkhidmatan yang baik (kononnya) kepada bangsa asing. Memang pelik, cuba kita lihat di Kanada dan Amerika di mana imigran melimpah ruah dan kedua dua negara itu terkenal dengan acuan demokrasi (kononnya). Tidak pula orang putih itu bertutur dalam bahasa ibunda imigran tadi. Bahkan dalam segala macam borang dan peraturan tidak ada pun ruangan alih bahasa..semuanya dalam satu bahasa “English”.

Tanpa segan silu mereka menyeru agar Jabatan Perkhidmatan Awam membuka lebih banyak jawatan kepada mereka tetapi apakah mereka bersedia mengurangkan monopoli bisnes mereka dengan memberikan pecahan bisnes kepada bangsa Melayu?Siapakah yang tidak berlaku adil??

Mereka menyeru agar ISA dihapuskan..ISA tetap ada di Singapura malah lebih kejam lagi tetapi mereka tidak pernah mengkritik??

Setelah 50 tahun atau lebih berkampung di negara ini, menikmati kehidupan selesa, berjawatan tinggi dan menyedut udara yang sama seperti kita sedut, adakah mereka akan tetap di sini sekiranya berlaku sesuatu ke atas negara ini? Sudah tentu tidak..harta yang dikumpul di bumi bertuah ini telah dilaburkan di negara luar..Membentuk jajahan baru atau menyediakan tempat hinggap yang baru??

Tepuk dada tanyalah diri sendiri..siapakah yang tidak berterima kasih??Apakah beza antara HAK MUTLAK dan HAK ISTIMEWA?

MAKA SEWAJARNYALAH UNTUK PAS DAN UMNO BERBINCANG DEMI MANFAAT UMAT MELAYU..INILAH MAHU KITA..

SUBSIDI.......LU FIKIRLAH SENDIRI(pinjam versi Raja Lawak??)

Subsidi?.....Suatu ungkapan yang enak didengar namun hakikatnya telah melekakan segelintir manusia yang menikmatinya. Ia adalah satu bentuk kemudahan yang secara prinsipnya adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih untuk menguruskan negara.
Kerajaan?..... Entiti yang dipilih rakyat untuk menguruskan negara, malah secara langsungnya menguruskan kehidupan kita. Pengurusan negara ini juga termasuklah hasil dana, rizab harta dan apa juga yang mendatangkan keuntungan dan pendapatan untuk negara.

Keuntungan negara bukan bermaksud keuntungan kerajaan, ia adalah keuntungan dan hak rakyat.
Namun demikian, hak tersebut dipertanggungjawabkan kepada kerajaan untuk diuruskan dengan cara paling bijak, berhemah dan bertanggungjawab. Bertanggungjawab pula....bukan bermakna semua dana ini dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi, tetapi menguruskan kewangan dan subsidi tersebut agar ia sampai kepada semua lapisan rakyat Malaysia dengan adil dan saksama.

Sekiranya subsidi dihapuskan????mungkin sudah ramai yang merana kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital, mungkin ada juga yang terpaksa berbasikal dan berjalan kaki ke tempat kerja, atau Malaysia akan masih menjadi sebuah negara mundur kerana rakyatnya tidak mampu mendapatkan pendidikan yang sempurna. Pertanian juga sudah lama lumpuh dan lesu, malah ada yang menyatakan tidak akan wujud kemajuan dalam ekonomi kapitalis tanpa subsidi..benar kah???

Setakat mana keperluan subsidi?... Ia sudah tentunya bergantung kepada situasi dan keadaan semasa. Teorinya mungkin boleh dipermudahkan dalam hubungan keluarga.
Ketika pendapatan ayah dengan anaknya 1:1, perbelanjaan sekolah anak RM2 sehari, tetapi bila bertambahnya adik beradik, ia perlu dikurangkan mungkin menjadi RM1 sehari. Pola dan persekitaran ini juga mungkin berubah bila si ayah berjaya mendapatkan pendapatan lebih tinggi.
Namun bukan semua laba pendapatan tersebut wajar disalurkan kepada perbelanjaan sekolah anak-anak. Perlu ada simpanan dan juga perbelanjaan tambahan untuk keperluan lain.

Membayar RM56 billion setahun untuk mengekalkan harga petrol pada RM1.92 seliter adalah contoh di mana kerajaan nampak sangat terbeban. Malah, ketika kenaikan harga minyak melebihi USD146 setong, kemuncaknya sudah jelas sampai ke klimaks. Jika subsidi diberikan terus-menerus, maka dana negara akan berkurangan. Petronas yang menyuntik satu per tiga dari pendapatan negara lambat laun akan tenat. Penstrukturan perlu dilakukan demi menyediakan diri menghadapi entah apa lagi ancaman ekonomi untuk jangkamasa panjang.

Mengurangkan subsidi bahan bakar ini menyebabkan harga per liter menjadi RM2.70. sesuatu yang sukar diterima ramai. Namun hakikatnya kerajaan masih lagi menanggung beban lebih RM1.00 bagi setiap liter yang dipam masuk ke sebuah Kancil atau Mercedes. Penjimatan dari penarikan subsidi ini pula mampu diagihkan kepada pelan pembangunan yang lebih berfaedah seperti kesihatan, makanan dan pendidikan.

Subsidi dalam bentuk pendidikan sebenarnya merupakan saluran terbaik untuk kemajuan modal insan. Pada tahun ini sahaja kerajaan perlu membelanjakan hampir RM6 billion demi menampung kos pengajian pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara. Setiap pelajar menerima subsidi secara tidak langsung sekitar 70 hingga 80 peratus sehingga mereka menamatkan diploma atau ijazah.

Subsidi bukan setakat itu sahaja. Ia disalur tanpa disedari oleh kebanyakan rakyat samada secara langsung ataupun sebaliknya. Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan TNB baru-baru ini juga bukanlah bebanan 100 peratus yang diletakkan di bahu setiap orang, namun ia adalah formula terbaik dalam menyusun semula subsidi yang patut dinikmati secara adil.
Ia distrukturkan menerusi dua jenis penggunaan isirumah iaitu 21.8 sen bagi penggunaan 200kWj pertama sebulan untuk kategori pertama dan bagi penggunaan dari 201kWj sehingga 400kWj dengan caj minimum bulanan serendah RM3.

Dianggarkan hampir 60 peratus purata penggunaan setiap rumah di semenanjung membayar dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM44 sebulan. Dalam penjelasan mudah, kebanyakan peralatan elektrik untuk golongan pertama ialah adalah asas dan yang rasa sedikit terbeban ialah mereka yang memiliki rumah-rumah lebih besar serta menggunakan peralatan elektrik berkonsumpsi tinggi seperti penghawa dingin sistem penggera, pagar elektrik dan lampu yang banyak.

Subsidi seterusnya yang masih perlu ditanggung kerajaan ialah kesihatan... Pada tahun ini sahaja sebanyak RM12.9 billion diperuntukkan untuk subsidi kersihatan di mana jika diterjemahkan dalam bentuk agihan, ia sekitar 98 peratus bagi setiap individu rakyat malaysia.
Purata RM10 billion diperlukan setiap tahun untuk mengekalkan sistem perkhidmatan kesihatan yang kita kecapi selama ini. malah perlu diingatkan, kos ini akan meningkat, sama seperti produk dan perkhidmatan yang lain, namun kadar bayaran hospital awam tidak banyak berubah sejak 20 tahun yang lalu.

Kita mungkin merasa pelik apabila heboh di televisyen bagaimana ibu bapa memberi komen tentang yuran tambahan sekolah yang perlu mereka bayar. Hakikatnya, subsidi telah diberikan pada setiap pelajar yang layak dengan purata RM10,000 setahun. Ini termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) selain pemansuhan yuran peperiksaan awam dan yuran khas sekolah. Malah sebanyakak RM106.37 juta setahun sebagai tambahan bagi pengecualian pembayaran yuran peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Subsidi adalah satu perkara yang positif jika agihannya mampu membangunkan negara secara saksama. Nelayan masih perlukan subsidi diesel kerana sumber pendapatan mereka adalah di laut. Begitu juga petani dan pemandu teksi.
Jika tiada subsidi untuk perkhidmatan kritikal ini, nescaya teori domino akan lebih cepat berputar. Hari ini minyak naik, lusa tambang teksi berkaliganda. Ikan dan sayuran di pasar juga bermula dengan harga RM10. Sudah tentu tiada siapa yang mahu ia berlaku.

Dalam keadaan yang sukar sekarang ini, sudah sampai masanya subsidi dikaji semula demi mengurangkan kebergantungan rakyat kepada bentuk bantuan ‘TANPA SEDAR” ini. Pihak kerajaan dan pembangkang perlu duduk semeja dalam mencari formula terbaik untuk mencari jalan keluar. Memang sukar untuk menyeimbangkan semua aspek. Mengekalkan perbelanjaan, mengurangkan subsidi, mengelakkan kenaikan harga barang tetapi dalam masa yang sama menambah atau mengekalkan pendapatan.

Friday, July 25, 2008

Apa mahu kita??

Setiap kali di sebut istilah pesepakatan,penyatuan,perpaduan dan apa-apa saja yang berkait dengan usaha untuk menjadikan Melayu itu bersama bertaut dan kuat, ramai yang merasa tergugat.Ramai yang terasa lucu dan ramai yang sinis.
Kalangan cerdik pandai Melayu juga sama walaupun ada yang merasa mereka adalah orang yang mempunyai pemikiran yang paling terbuka di kalangan semua...itu belum lagi di kalangan pakar-pakar politik yang mempunyai agenda tersendiri dan retorik.
Dalam piliharaya yang lepas,tak di nafikan rakyat telah membuat pilihan mereka...saya tidak bercadang untuk menyentuh kepada keputusan itu tapi sekadar ingin bertanya,bersatu atau berpecahkah Melayu????
Kemudian timbul pula pertemuan antara 2 parti terbesar Melayu demi perpaduan...bukan kehendak rakyat???atau bukan kehendak seseorang???
Rakyat inginkan sebuah negara yang aman,damai dan makmur.Kita sudah cukup matang,kita inginkan kestabilan ekonomi,keselamatan yang terjamin dan paling minimal gangguan kehidupan.
Melayu secara umumnya mengalu-alukan usaha untuk menguatkan perpaduan antara mereka..dalam keadaan sekarang apabila kita lihat ada golongan bukan Melayu yang merasakan gembira untuk "memukul " Melayu dengan meminta dihapuskan sesuatu yang di sepakatkan bersama dulu.Bila kita tegur di anggap perkauman tapi kalau mereka minta di anggap kesaksamaan dan kewajipan........!!!!
Ini pula di bantu oleh segolongan " bijak pandai" Melayu yang menyatakan ini perlu demi kemajuan dan kejayaan serta memodenkan Melayu.Mereka menyatakan kita kenalah bermain di padang yang sama rata........barulah kita boleh maju.Helah dan muslihat mereka lebih diskriminasi mereka lagi dasyat...sertailah bidang perniagaan kalau nak di rasa!!!!
Maka,kita mestilah memikirkan dengan serius ...........pemimpin yang di pilih mestilah yang benar-benar serius dan ikhlas untuk memperjuangkan perpaduan Melayu serta agenda Melayu ini..untuk bertindak demi Melayu.Bukan yang memikirkan kerana diri sendiri(...jangan hanya fikir aku juga Melayu)
Sambutlah kesungguhan usaha ini dengan iringan doa dan harapan..kerana itulah mahu kita

Thursday, July 24, 2008

SYUKUR

Di saat waktu terhenti, terasa kosong akan jiwa ini..
Dimensi membutakan mata dan memekakkan telinga.
Lalu diri menjadi hampa terkesima.
Saat paradigma dunia tidak lagi di gunakan untuk menerka.
Kala itu, semua akan sedar siapa diri sebenar.
Diri kita asalnya dekat dengan Tuhan..
Tapi bila di jauhkan dari asal muasalnya,
Dia terasa hiba, terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing.
Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah di tinggalkan..
Andai rintihan hati kita di abaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu pada asalnya..
Bawalah kembali diri kita ke asal kita dan yakinlah bahawa kita dekat dengan Allah.
Jangan seksa jiwa dan hati kita kerana sebenarnya dalam setiap ketika ia merintih ingin pulang ke asalnya dari perantauan di dunia yang melekakan ini.
Bawalah hati kita kembali ke asalnya yang sentiasa dekat dengan Allahu Jalla Jalaluhu..

Sesungguhnya jika Allah menyintai seseorang hamba, maka dia akan menenggelamkan hamba itu dalam cubaan.
Barangsiapa yang tidak pernah mengalami dan melalui musibah, maka hamba itu jauh dari kasih sayangNya. Dan sesungguhNya, para nabi yang juga kekasihNya, semuanya melalui dan mengalami cubaan yang begitu hebat.
Apalagi kita yang sekadar hamba sahaya manusia biasa...........
Andai Allah segera memakbulkan doamu, maka Allah menyayangimu.
Andai Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu.
Andai Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan jua kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya..
Dek kerana itu, sayangilah Allah!!!!!!!!
Pandang dan renungilah pada kasih sayang dan kemurahanNya serta takutlah pada Allah kerana azab seksaanNya.
Allah, Dia Maha mendengar semua tentangmu..
Allah, Dia Maha melihatmu.
Allah, Dia Maha mengetahui segala – gala tentangmu.
Allah, Dia sentiasa menjagamu.. Allah, Dia sentiasa mengurus dan megurniakan nikmat padamu.

Jadi, mengapa kita tidak menyintaiNya???????
Mengapa kita biarkan hati ini lalai dari mengingatiNya????
Nabi Sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, sesungguhNya Allah telah berfirman, agar kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah dari berbuat kemungkaran.
Jika tidak, Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan tidak menaruh belas kasihan pada orang muda.

Di kala itu, doa orang alim pun tidak akan di terima Allah!
Kamu meminta bantuan tetapi Allah tidak membantumu dan kamu memohon ampun tetapi Allah tidak akan mengampunkanMu.
PersoalanNya, siapakah raja yang zalim itu sekarang ini?
Fikir dan renungkanlah wahai orang – orang yang beriman. Kasihanilah dirimu sendiri..
Bertaubatlah, bertaqwalah dan tinggalkanlah kemungkaran.
Fahamilah akan hakikat kehidupan kerana sesungguhnya apa yang ada hanyalah satu kehidupan. Pengorbanan, biarpun pahit tetapi adakalanya ia menghasilkan buah dan isi yang manis......
Barangkali ia akan mampu untuk menjadi ubat buat hati yang hiba, sunyi sepi, terseksa dan merintih dek kejauhan dari asalnya.


Ya Rabbi. SesungguhNya sujudku pun tidak akan memuaskan inginku untuk merafakkan sembah sedalam Qalbu.
Adapun ku sembahkan rasa syukur padaMu Ya Allah.. Atas nama, kehidupan dan keluarga yang menyinta, saudara dan keturunan serta agama, nusa dan bangsa.
Dalam sedar ataupun tidak, perjalanan sejauh ini telah tertempa.. Alhamdulillah..
Pada pilihan dan kesempatan yang membuatku mengerti lebih mendalam tentang makna diri pada sebuah kehidupan.
Semoga hidup ini bakal terus di hujani dengan rahmat yang suci dariMu ya Ilahi. Mudah – mudahan ia bisa menjadikanku seorang insan yang mensyukuri akan segala nikmatMu Ya Rabbi..


Aduhai Ya Rabbi,
perbaikilah untukku dan semua akan agama yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah untukku dan semuanya akan dunia ini yang merupakan tempat penghidupan, perbaikilah akhirat itu untukku dan semuanya yang merupakan tempat kembali, jadikan kehidupan ini sebagai tambahan untukku dan semuanya dalam setiap kebaikan dan jadikan mati itu sebagai tempat istirehat untuku dan semuanya daripada kebencian dan kemurkaanMu..
ALLAH MAHA BESAR

KEIKHLASAN

Ketika artikel ini hendak mula di tulis, aku tertanya-tanya pada diri sendiri apakah aku sudah cukup bersedia untuk menulis dengan keikhlasan, jauh dari emosi dan perasaan yang tidak terjangka. Lumrah manusia kekadang emosi tidak keruan hingga menyebabkan apa yang ditulis jauh menyimpang dari apa yang dikatakan ikhlas.
Seketika termenung, mencari apa yang dikatakan ikhlas, fikiran terbang jauh melayang ke kampung halaman. Terbayang raut wajah ibu menahan kesakitan sehingga mengalir lesu air mata di pipi ketika melahirkan aku. Alangkah ikhlasnya ibu, ikhlas menjunjung amanah Ilahi melahirkan seorang insan . Pun begitu, tiada lain harapan ibu selain melihat anaknya menjadi insan yang tahu berbudi kepada agama, bangsa dan negara.Setidak-tidaknya menjadi seorang insan yang tahu mendoakan kesejahteraan negaranya.
Begitulah juga halnya kepada negara kita ini, Malaysia. Biarpun tidak bergelar ibu tetapi terkadang di panggil ibu pertiwi. Ikhlasnya bumi dengan menyediakan sejuta kenikmatan untuk kita kecapi. Cuma kadang-kadang manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat dengan membawa musibah maka berpecah belahlah manusia, bertelagah sesama sendiri angkara firnah dihujung jari. Alangkah indahnya, jika menulis dengan keikhlasan. Hati yang lembut dan sentiasa mengingati akanNya pasti mengukir sejuta rasa yang diterjemahkan dalam penulisan yang berbunga keikhlasan.
Andaikata, perasaan marah menyelubungi jiwa pastinya hati menjadi sekeras batu lantas penulisan terkongkong dengan godaan syaitan. Tercetuslah idea dan fitnah dalam bentuk penulisan yang membawa kepada pertelagahan manusia dan bencana. Lantaran, akan lahirlah manusia yang derhaka kepada ibu dan ibu pertiwinya. Biarlah jari jemari menulis dengan penuh keinsafan dan KEIKHLASAN.