Thursday, August 7, 2008

PILIHAN RAYA…….DUIT RAYA ……HANTU RAYA

Adalah kita sudah cukup matang dan bijak dalam mencari, memilih,mencalunkan serta menyokong siapakah yang akan menjadi pemimpin kita??
Tidak dinafikan, semua insan yang mempunyai akal dan fikiran yang waras, haruslah berfikir secara waras, jangan was-was serta ikhlas dalam menilai dan memilih pemimpin dan kepimpinan demi untuk memimpin kita menjalani kehidupan seharian.
Barulah kehidupan sempurna.. bak kata ulamak-ulamak, insan yang cemerlang….
Tapi adakah ianya berlaku kepada semua golongan masyarakat.??
Mungkin tidak semua yang menggunakan akal fikiran yang waras dalam menentukan corak kehidupannya. Ada yang suka menggunakan akalnya untuk kepentingan sendiri.
Adakah kita hanya menjadikan pilihanraya sebagai medan untuk mengumpul duit raya semata-mata dan memilih calon-calon hantu raya yang mampu menggunakan kemewahan semulajadi ataupun tidak semulajadi….. bagi memancing undi???.
Kalau ianya berlaku, alangkah teruknya politik kita sekarang.
Bak kata orang, yang kaya…. semakin kaya dan berkuasa ,,,,dan yang miskin semakin kedana.
Dimanakah nilai seorang pemimpin yang harus kita pilih??…. Adakah hantu raya atau seorang insan yang mempunyai kemampuan yang akan dipilih untuk memimpin??
Semakin dekat dengan pemilihan, lawan-melawan merebut jawatan, lawan pilihanraya kecil atau besar…. Semuanya duit.
Duit berlimpah datang melayang-layang walaupun bukan dihari raya.
Banyak istilah duit raya sekarang rupanya………sekiranya senarionya begitu, yang kaya mampu menggunakan kekayaan untuk mendapatkan kedudukkan.. di Parlimen,di Dewan Undangan Negeri ataupun jawatan-jawatan di peringkat pusat,bahagian hatta cawangan…
Inilah yang diwar-warkan sekarang….duit-duit,dimana kau duit!!!!
Duit memainkan peranan dalam semua hal… Adakah Malaysia sekarang dan akan datang akan dipengaruhi oleh hanya orang-orang yang berduit??…
Semua kelayakan atas kertas boleh dibeli dengan wang ringgit, adakah perlembangaan juga boleh dijual beli?????……
Adakah sistem keselamatan ,kehakiman boleh dibeli dengan wang ringgit??…..
Adakah kepimpinan negara juga ada nilai ataupun ada potongan harga 50%??... atau lebih…..
Sakit kepala bila dipikirkan benda alah nie..

4 comments:

Anonymous said...

DRJ..kami memerlukan pemimpin yang ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan hak kami sebagai rakyat Malaysia. Kenapa begitu sukar mencari pemimpin sebegini? Rasa mual melihat gelagat pemimpin pemimpin yang ada..pemimpin yang dah bersara..dan yang "kempunan" nak memimpin..Semua tidak ihklas..penuh kepuraan. Saya berharap DRJ dapat terus berkarya dengan jujur dan ikhlas..untuk anak anak generasi akan datang dan juga demi menjaga maruah keluarga dan bangsa. Teruskan perjuangan mu!

Anonymous said...

Saudara mata hati jiwa (saya berminat dengan lagu ini)..Setuju benarlah saya dengan pandangan saudara..Pandangan dan doa saudara jua yang saya harapkan agar saya dapat terus berkarya dengan hati yang penuh ikhlas..mudah-mudahan Allah swt akan terus memberi ilham rasa kepada saya untuk memperjuangkan keinginan dan hasrat rakyat Malaysia seluruhnya..terima kasih..

Anonymous said...

Salam untuk DRJ...

Tahniah untuk Blog Dr J.

Anonymous said...

salam dan selamat berpuasa DRJ