Friday, July 25, 2008

Apa mahu kita??

Setiap kali di sebut istilah pesepakatan,penyatuan,perpaduan dan apa-apa saja yang berkait dengan usaha untuk menjadikan Melayu itu bersama bertaut dan kuat, ramai yang merasa tergugat.Ramai yang terasa lucu dan ramai yang sinis.
Kalangan cerdik pandai Melayu juga sama walaupun ada yang merasa mereka adalah orang yang mempunyai pemikiran yang paling terbuka di kalangan semua...itu belum lagi di kalangan pakar-pakar politik yang mempunyai agenda tersendiri dan retorik.
Dalam piliharaya yang lepas,tak di nafikan rakyat telah membuat pilihan mereka...saya tidak bercadang untuk menyentuh kepada keputusan itu tapi sekadar ingin bertanya,bersatu atau berpecahkah Melayu????
Kemudian timbul pula pertemuan antara 2 parti terbesar Melayu demi perpaduan...bukan kehendak rakyat???atau bukan kehendak seseorang???
Rakyat inginkan sebuah negara yang aman,damai dan makmur.Kita sudah cukup matang,kita inginkan kestabilan ekonomi,keselamatan yang terjamin dan paling minimal gangguan kehidupan.
Melayu secara umumnya mengalu-alukan usaha untuk menguatkan perpaduan antara mereka..dalam keadaan sekarang apabila kita lihat ada golongan bukan Melayu yang merasakan gembira untuk "memukul " Melayu dengan meminta dihapuskan sesuatu yang di sepakatkan bersama dulu.Bila kita tegur di anggap perkauman tapi kalau mereka minta di anggap kesaksamaan dan kewajipan........!!!!
Ini pula di bantu oleh segolongan " bijak pandai" Melayu yang menyatakan ini perlu demi kemajuan dan kejayaan serta memodenkan Melayu.Mereka menyatakan kita kenalah bermain di padang yang sama rata........barulah kita boleh maju.Helah dan muslihat mereka lebih diskriminasi mereka lagi dasyat...sertailah bidang perniagaan kalau nak di rasa!!!!
Maka,kita mestilah memikirkan dengan serius ...........pemimpin yang di pilih mestilah yang benar-benar serius dan ikhlas untuk memperjuangkan perpaduan Melayu serta agenda Melayu ini..untuk bertindak demi Melayu.Bukan yang memikirkan kerana diri sendiri(...jangan hanya fikir aku juga Melayu)
Sambutlah kesungguhan usaha ini dengan iringan doa dan harapan..kerana itulah mahu kita

Thursday, July 24, 2008

SYUKUR

Di saat waktu terhenti, terasa kosong akan jiwa ini..
Dimensi membutakan mata dan memekakkan telinga.
Lalu diri menjadi hampa terkesima.
Saat paradigma dunia tidak lagi di gunakan untuk menerka.
Kala itu, semua akan sedar siapa diri sebenar.
Diri kita asalnya dekat dengan Tuhan..
Tapi bila di jauhkan dari asal muasalnya,
Dia terasa hiba, terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing.
Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah di tinggalkan..
Andai rintihan hati kita di abaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu pada asalnya..
Bawalah kembali diri kita ke asal kita dan yakinlah bahawa kita dekat dengan Allah.
Jangan seksa jiwa dan hati kita kerana sebenarnya dalam setiap ketika ia merintih ingin pulang ke asalnya dari perantauan di dunia yang melekakan ini.
Bawalah hati kita kembali ke asalnya yang sentiasa dekat dengan Allahu Jalla Jalaluhu..

Sesungguhnya jika Allah menyintai seseorang hamba, maka dia akan menenggelamkan hamba itu dalam cubaan.
Barangsiapa yang tidak pernah mengalami dan melalui musibah, maka hamba itu jauh dari kasih sayangNya. Dan sesungguhNya, para nabi yang juga kekasihNya, semuanya melalui dan mengalami cubaan yang begitu hebat.
Apalagi kita yang sekadar hamba sahaya manusia biasa...........
Andai Allah segera memakbulkan doamu, maka Allah menyayangimu.
Andai Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu.
Andai Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan jua kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya..
Dek kerana itu, sayangilah Allah!!!!!!!!
Pandang dan renungilah pada kasih sayang dan kemurahanNya serta takutlah pada Allah kerana azab seksaanNya.
Allah, Dia Maha mendengar semua tentangmu..
Allah, Dia Maha melihatmu.
Allah, Dia Maha mengetahui segala – gala tentangmu.
Allah, Dia sentiasa menjagamu.. Allah, Dia sentiasa mengurus dan megurniakan nikmat padamu.

Jadi, mengapa kita tidak menyintaiNya???????
Mengapa kita biarkan hati ini lalai dari mengingatiNya????
Nabi Sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, sesungguhNya Allah telah berfirman, agar kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah dari berbuat kemungkaran.
Jika tidak, Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan tidak menaruh belas kasihan pada orang muda.

Di kala itu, doa orang alim pun tidak akan di terima Allah!
Kamu meminta bantuan tetapi Allah tidak membantumu dan kamu memohon ampun tetapi Allah tidak akan mengampunkanMu.
PersoalanNya, siapakah raja yang zalim itu sekarang ini?
Fikir dan renungkanlah wahai orang – orang yang beriman. Kasihanilah dirimu sendiri..
Bertaubatlah, bertaqwalah dan tinggalkanlah kemungkaran.
Fahamilah akan hakikat kehidupan kerana sesungguhnya apa yang ada hanyalah satu kehidupan. Pengorbanan, biarpun pahit tetapi adakalanya ia menghasilkan buah dan isi yang manis......
Barangkali ia akan mampu untuk menjadi ubat buat hati yang hiba, sunyi sepi, terseksa dan merintih dek kejauhan dari asalnya.


Ya Rabbi. SesungguhNya sujudku pun tidak akan memuaskan inginku untuk merafakkan sembah sedalam Qalbu.
Adapun ku sembahkan rasa syukur padaMu Ya Allah.. Atas nama, kehidupan dan keluarga yang menyinta, saudara dan keturunan serta agama, nusa dan bangsa.
Dalam sedar ataupun tidak, perjalanan sejauh ini telah tertempa.. Alhamdulillah..
Pada pilihan dan kesempatan yang membuatku mengerti lebih mendalam tentang makna diri pada sebuah kehidupan.
Semoga hidup ini bakal terus di hujani dengan rahmat yang suci dariMu ya Ilahi. Mudah – mudahan ia bisa menjadikanku seorang insan yang mensyukuri akan segala nikmatMu Ya Rabbi..


Aduhai Ya Rabbi,
perbaikilah untukku dan semua akan agama yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah untukku dan semuanya akan dunia ini yang merupakan tempat penghidupan, perbaikilah akhirat itu untukku dan semuanya yang merupakan tempat kembali, jadikan kehidupan ini sebagai tambahan untukku dan semuanya dalam setiap kebaikan dan jadikan mati itu sebagai tempat istirehat untuku dan semuanya daripada kebencian dan kemurkaanMu..
ALLAH MAHA BESAR

KEIKHLASAN

Ketika artikel ini hendak mula di tulis, aku tertanya-tanya pada diri sendiri apakah aku sudah cukup bersedia untuk menulis dengan keikhlasan, jauh dari emosi dan perasaan yang tidak terjangka. Lumrah manusia kekadang emosi tidak keruan hingga menyebabkan apa yang ditulis jauh menyimpang dari apa yang dikatakan ikhlas.
Seketika termenung, mencari apa yang dikatakan ikhlas, fikiran terbang jauh melayang ke kampung halaman. Terbayang raut wajah ibu menahan kesakitan sehingga mengalir lesu air mata di pipi ketika melahirkan aku. Alangkah ikhlasnya ibu, ikhlas menjunjung amanah Ilahi melahirkan seorang insan . Pun begitu, tiada lain harapan ibu selain melihat anaknya menjadi insan yang tahu berbudi kepada agama, bangsa dan negara.Setidak-tidaknya menjadi seorang insan yang tahu mendoakan kesejahteraan negaranya.
Begitulah juga halnya kepada negara kita ini, Malaysia. Biarpun tidak bergelar ibu tetapi terkadang di panggil ibu pertiwi. Ikhlasnya bumi dengan menyediakan sejuta kenikmatan untuk kita kecapi. Cuma kadang-kadang manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat dengan membawa musibah maka berpecah belahlah manusia, bertelagah sesama sendiri angkara firnah dihujung jari. Alangkah indahnya, jika menulis dengan keikhlasan. Hati yang lembut dan sentiasa mengingati akanNya pasti mengukir sejuta rasa yang diterjemahkan dalam penulisan yang berbunga keikhlasan.
Andaikata, perasaan marah menyelubungi jiwa pastinya hati menjadi sekeras batu lantas penulisan terkongkong dengan godaan syaitan. Tercetuslah idea dan fitnah dalam bentuk penulisan yang membawa kepada pertelagahan manusia dan bencana. Lantaran, akan lahirlah manusia yang derhaka kepada ibu dan ibu pertiwinya. Biarlah jari jemari menulis dengan penuh keinsafan dan KEIKHLASAN.