Monday, November 17, 2008

PERUT BUNCIT PENDEK UMUR

Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

"Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.

Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.


"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau. – Ehsan dari Berita Harian.

MINYAK DAH TURUN HARGA BARANG BILA LAGII…..

Harga minyak hari ini RM 2.15 seliter, membuktikan kerajaan prihatin mengenai harga pasaran dunia dan yang paling utama sekali terhadap rakyat Malaysia. Satu ketika semasa harga minyak dunia melambung tinggi, dan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak, tidak sampai seminit harga barang melambung tinggi. Semua menggunakan alasan harga minyak dah mahal. Semua pemborong dan peruncit tidak mampu menanggung kos bahan api api yang tinggi, Masalah diletakkan kepada kerajaan, kononnya harga barang dinaikkan disebabkan harga minyak yang dinaikkan oleh kerajaan terlalu tinggi. Isu harga minyak naik memang hebat diperkatakan disana sini. Di warung-warung kopi dipelusuk kampung heboh memperkatakan tentang harga barang naik disebabkan harga minyak yang dinaikkan oleh kerajaan.

Namun begitu, setelah harga minyak dunia turun, dan kerajaan telah menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia. Tapi…… harga barang masih lagi mahal. roti canai mahal, teh tarik mahal. beras mahal. ikan mahal, semua barang mahal. Minyak turun… barang harian tetap mahal.. ada masalah lagi ke kerajaan, adakah kerajaan penyebab harga barang tidak turun….Minyak turun tidak jadi topik hangat…. Tak kedengaran orang ramai bercerita pasal harga minyak dah turun…..Adakah peruncit dan pemborong nak cepat untung. Alasan yang selalu di dengar pihak ejen, pengeluar dan pengilang juga tidak menurunkan harga barangan mereka. Adakah harga kenderaan akan naik..orang jual kereta sebab tak mampu nak isi minyak, sebab minyak mahal…. Adakah bila minyak turun… harga kereta jadi mahal, minyak hitam naik harga, tayar kereta naik harga atau sticker kereta pun naik harga juga……Manalaa tahu penutup tayar kereta pun naik harga…. Semuanya gara-gara kerajaan turunkan harga minyak. Rakyat berminat beli kenderaan… disebabkan harga minyak dah murahh.

Kerajaan hari ini telah melancarkan kempen penurunan harga barang. Tapi kesan daripada kempen tersebut seolah-olah macam hidup segan mati tak mahu. Adalah semua pihak yang terlibat buat bodoh jer…. atau mekanisma yang digunakan oleh kerajaan tidak tepat, ketinggalanm zaman, sudah lapuk, tidak mencukupi pegawai pemantau…. adakah pegawai pemantau malas nak pergi buat pemantauan… atau takut kena belasah oleh peruncit….
Boleh dikatakan harga barang di pusat beli belah seperti Giant dan Carrefour telah mula menurunkan harga barang. Tapi macam mana pulak kedai-kedai runcit dikampung… Harga barang melampau tinggi….tak ingat punya mahal…. Adakah pegawai pemantau masuk kampung untuk pantau harga barang…harga barang di kampung masih lagi mahal… alasan pemborong, pengilang atau ejen tidak menurunkan harga barang….. ataupun peruncit memang saja nak untung cepat…. Manalaa tau menggunakan alasan elektrik mahal….

Adakah pegawai pemantau yang dilantik tidak diberikan kursus mencukupi, atau tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya disebabkan oleh status kontrak yang dijanjikan setahun dan bakal diserap. Tapi tak diserap juga Apabila janji kosong yang diberikan….. status kontrak tetap kontrak walaupun dah bertahun-tahun… ataupun tidak boleh ‘claim’ lebih….

Banyak juga cadangan agar hypermarket-hypermarket diberikan lesen beroperasi 24jam.. alasannya agar orang ramai boleh membeli belah pada sebelah malam atau pun selepas waktu berkerja.. Tak tahu laaa sejauh mana berkesan…Ada juga yang cadangkan agar kerajaan melantik syarikat-syarikat dibawahnya agar buka kedai-kedai runcit di serata pelusuk negeri dengan menjual barang-barang harian dengan harga kos dan kalau nak ambil untung pun…. Untung sikit jerlaaa. Ambil untung untuk kos pengangkutan sikit cukup laaaa. Kata nak turun harga barang. Dah…..susah sangat peruncit-peruncit nie nak turunkan hargakan. Kalau brani laaa..Buatlaaa….Tetapi peruncit-peruncit yang berniaga kecil-kecilan membantah seolah-olah kerajaan mahu peruncit-peruncit kecilan ini gulung tikar….Adakah ini mekanisma yang perlu dibuat supaya peruncit-peruncit menurunkan harga barang……

Apapun yang kerajaan buat, turun harga minyak, adakan kempen turunkan harga barang…tetap tidak memuaskan hati semua. Dimanakah silapnya……..

KEPIMPINAN

Kepimpinan ialah proses di mana individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain di dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh, yang mana seorang pemimpin itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

Dengan pengertian yang serba ringkas di atas tentang istilah kepimpinan, bolehlah dirumuskan bahawa pemimpin adalah orang bertanggungjawab untuk menentukan halatuju kumpulan yang dipimpinnya. Benarkah teori dan maksud kepimpinan yang digambarkan ini dapat diguna pakai dan dapat di amalkan di dalam UMNO? Sesungguhnya, pemimpin terbahagi kepada dua. Pertamanya, pemimpin yang dilahirkan memang untuk menjadi pemimpin dan keduanya yang di asuh untuk menjadi seorang pemimpin.

Pemimpin yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin ini, mempunyai kekuatan daya pujuk yang luarbiasa dan biasanya golongan ini akan dapat menarik kumpulan yang di pimpinnya untuk mendengar segala pandanganya. Lebih dari itu, pemimpin golongan ini mampu membuatkan kumpulan yang dipimpinnya berjuang bermatian matian di dalam merealisasikan keinginan pemimpinnya.

Pemimpin yang diasuh untuk menjadi seorang pemimpin adalah seorang pemimpin yang terpengaruh dengan gaya kepimpinan gurunya. Kadangkala pemimpin jenis ini bertindak di luar batas kemampuannya lantas menjadikan segala tindakan dan buah fikirannya sekadar satu retorik dan bagai mimpi yang tidak berpenghujung.. Tidak dapat dinafikan ada segelintir pemipin jenis ini yang berjaya di dalam gaya kepimpinanya.

Di dalam kesibukkan mesyuarat bahagian UMNO sekarang ini, pengertian tentang kepimpinan haruslah di ambil kira. Janganlah kerana calon yang dipilih menawarkan sepinggan nasi goreng maka calon tersebut di anggap pemimpin yang akan dapat merubah segala-galanya

Calon calon yang bertanding boleh menawarkan apa sahaja termasuk bulan dan bintang untuk memancing hati ahli-ahli. Ada yang tanpa segan silu ke sana ke mari dengan membawa beg yang penuh berisi…!!! (tidak perlu dinyatakan apa yang terkandung di dalam beg itu).

Apakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan? Pemimpin yang ternyata tidak ikhlas di dalam perjuangannya. Seorang pemimpin hendaklah sentiasa dekat bersama kumpulan yang dipimpinnya dan bukan sekadar pemimpin bermusim.

Kepada yang berhasrat untuk bertanding, biarlah menjadi seperti seorang anak gadis yang telah dihias rupanya. Setelah lengkap berhias, keluarlah berjalan. Berjalanlah dengan ikhlas dan kekal dengan adat budaya Melayu serta tidak menjolok mata. Kalau ada mata yang berkenan, bolehlah dihantar rombongan meminang. Tidak perlu untuk berjalan dalam keadaan yang menjolok mata dan berpakaian yang mendedahkan. Ianya hanya akan membawa kepada musibah. Kepada ahli ahli cawangan, apa yang dilihat kadang kala tidak mencerminkan segala galanya. Fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Untuk mencari pemimpin hendaklah kita mencari yang boleh memimpin kita dan janganlah kita yang dipaksa untuk memimpinnya. Apakah kita mahukan bekas pemimpin seperti negara jiran kita yang terpaksa dipimpin untuk berjalan????

Kepada seluruh ahli ahli UMNO cawangan, di bahu anda lah terletak nasib dan halatuju UMNO. Jika tersilap kira dan tersilap percaturan, binasalah UMNO dan perjuangan menjadi sia sia.

Berfikirlah dengan waras…Tepuk dada tanyalah selera..kerana apa yang diputuskan itulah menjadi petunjuk kepada itulah mahu kita!!!!!