Monday, November 17, 2008

KEPIMPINAN

Kepimpinan ialah proses di mana individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain di dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh, yang mana seorang pemimpin itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

Dengan pengertian yang serba ringkas di atas tentang istilah kepimpinan, bolehlah dirumuskan bahawa pemimpin adalah orang bertanggungjawab untuk menentukan halatuju kumpulan yang dipimpinnya. Benarkah teori dan maksud kepimpinan yang digambarkan ini dapat diguna pakai dan dapat di amalkan di dalam UMNO? Sesungguhnya, pemimpin terbahagi kepada dua. Pertamanya, pemimpin yang dilahirkan memang untuk menjadi pemimpin dan keduanya yang di asuh untuk menjadi seorang pemimpin.

Pemimpin yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin ini, mempunyai kekuatan daya pujuk yang luarbiasa dan biasanya golongan ini akan dapat menarik kumpulan yang di pimpinnya untuk mendengar segala pandanganya. Lebih dari itu, pemimpin golongan ini mampu membuatkan kumpulan yang dipimpinnya berjuang bermatian matian di dalam merealisasikan keinginan pemimpinnya.

Pemimpin yang diasuh untuk menjadi seorang pemimpin adalah seorang pemimpin yang terpengaruh dengan gaya kepimpinan gurunya. Kadangkala pemimpin jenis ini bertindak di luar batas kemampuannya lantas menjadikan segala tindakan dan buah fikirannya sekadar satu retorik dan bagai mimpi yang tidak berpenghujung.. Tidak dapat dinafikan ada segelintir pemipin jenis ini yang berjaya di dalam gaya kepimpinanya.

Di dalam kesibukkan mesyuarat bahagian UMNO sekarang ini, pengertian tentang kepimpinan haruslah di ambil kira. Janganlah kerana calon yang dipilih menawarkan sepinggan nasi goreng maka calon tersebut di anggap pemimpin yang akan dapat merubah segala-galanya

Calon calon yang bertanding boleh menawarkan apa sahaja termasuk bulan dan bintang untuk memancing hati ahli-ahli. Ada yang tanpa segan silu ke sana ke mari dengan membawa beg yang penuh berisi…!!! (tidak perlu dinyatakan apa yang terkandung di dalam beg itu).

Apakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan? Pemimpin yang ternyata tidak ikhlas di dalam perjuangannya. Seorang pemimpin hendaklah sentiasa dekat bersama kumpulan yang dipimpinnya dan bukan sekadar pemimpin bermusim.

Kepada yang berhasrat untuk bertanding, biarlah menjadi seperti seorang anak gadis yang telah dihias rupanya. Setelah lengkap berhias, keluarlah berjalan. Berjalanlah dengan ikhlas dan kekal dengan adat budaya Melayu serta tidak menjolok mata. Kalau ada mata yang berkenan, bolehlah dihantar rombongan meminang. Tidak perlu untuk berjalan dalam keadaan yang menjolok mata dan berpakaian yang mendedahkan. Ianya hanya akan membawa kepada musibah. Kepada ahli ahli cawangan, apa yang dilihat kadang kala tidak mencerminkan segala galanya. Fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Untuk mencari pemimpin hendaklah kita mencari yang boleh memimpin kita dan janganlah kita yang dipaksa untuk memimpinnya. Apakah kita mahukan bekas pemimpin seperti negara jiran kita yang terpaksa dipimpin untuk berjalan????

Kepada seluruh ahli ahli UMNO cawangan, di bahu anda lah terletak nasib dan halatuju UMNO. Jika tersilap kira dan tersilap percaturan, binasalah UMNO dan perjuangan menjadi sia sia.

Berfikirlah dengan waras…Tepuk dada tanyalah selera..kerana apa yang diputuskan itulah menjadi petunjuk kepada itulah mahu kita!!!!!

No comments: