Thursday, July 24, 2008

KEIKHLASAN

Ketika artikel ini hendak mula di tulis, aku tertanya-tanya pada diri sendiri apakah aku sudah cukup bersedia untuk menulis dengan keikhlasan, jauh dari emosi dan perasaan yang tidak terjangka. Lumrah manusia kekadang emosi tidak keruan hingga menyebabkan apa yang ditulis jauh menyimpang dari apa yang dikatakan ikhlas.
Seketika termenung, mencari apa yang dikatakan ikhlas, fikiran terbang jauh melayang ke kampung halaman. Terbayang raut wajah ibu menahan kesakitan sehingga mengalir lesu air mata di pipi ketika melahirkan aku. Alangkah ikhlasnya ibu, ikhlas menjunjung amanah Ilahi melahirkan seorang insan . Pun begitu, tiada lain harapan ibu selain melihat anaknya menjadi insan yang tahu berbudi kepada agama, bangsa dan negara.Setidak-tidaknya menjadi seorang insan yang tahu mendoakan kesejahteraan negaranya.
Begitulah juga halnya kepada negara kita ini, Malaysia. Biarpun tidak bergelar ibu tetapi terkadang di panggil ibu pertiwi. Ikhlasnya bumi dengan menyediakan sejuta kenikmatan untuk kita kecapi. Cuma kadang-kadang manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat dengan membawa musibah maka berpecah belahlah manusia, bertelagah sesama sendiri angkara firnah dihujung jari. Alangkah indahnya, jika menulis dengan keikhlasan. Hati yang lembut dan sentiasa mengingati akanNya pasti mengukir sejuta rasa yang diterjemahkan dalam penulisan yang berbunga keikhlasan.
Andaikata, perasaan marah menyelubungi jiwa pastinya hati menjadi sekeras batu lantas penulisan terkongkong dengan godaan syaitan. Tercetuslah idea dan fitnah dalam bentuk penulisan yang membawa kepada pertelagahan manusia dan bencana. Lantaran, akan lahirlah manusia yang derhaka kepada ibu dan ibu pertiwinya. Biarlah jari jemari menulis dengan penuh keinsafan dan KEIKHLASAN.

7 comments:

AmFa Lady said...

salam Dr J,

selamat menjadi BLOGAWAN...semoga apa yg dicoretkan dlm blog ini boleh menjadi bahan bacaan sampingan yang berguna utk semua terutama jika ianya benar2 ikhlas dari pandangan & buah fikiran Dr sendiri. Saya juga berharap Dr sedikit sebyk boleh mencoret pandangan Dr atas isu2 semasa tidak kira dalam atau luar negara. Harap tidak semata2 isu politik shj ya..

Selamat menjadi blogawan!

Anonymous said...

Tahniah Dr. Idea "Keihklasan" Dr muncul tepat ketika saudara saudara kita alpa dengan tujuan hidup sebenarnya..Saya menyambut kedatangan Dr di ruang Blog dengan hati yang sangat lapang..dan berharap semoga Dr akan terus berkarya dengan tulus ihklas..

Tahniah Dr.

Anonymous said...

"Words have no wings but they fly a thousand miles"... Congratulations Dr Junaidy. I hope your words of wisdoms continue to flow and touch our hearts.

God Bless!

mohdnoor said...

Congratulation...DrJ,
Im so very pleased to visit your blog for the first time. Your theme is reflective. It reflects your professionalism. Hopefully this blog persuades openess in reflection of contemporaries.

Bon Voyage!

Anonymous said...

Salam DrJ , welcome to the virtual world of politics, this is a new era..... so congratulations on making the first step.

Anonymous said...

Keikhlasan menjalankan tanggungjawab adalah sesuatu yang dituntut. Apakah kita ikhlas dalam usaha menyatukan bangsa seagama. Apakah semata-mata untuk kepentingan sesuatu pihak. DrJ mungkin dapat mengupas satu-satu isu semasa seperti kata pelangi biru, untuk kebaikan bangsa kita.

Moja said...

Harga barang setiap hari semakin meningkat. Apakah langkah yang seharusnya diambil bagi mengekang kenaikan harga barang. Kenaikan melampau yang bukan hanya sekali dalam masa terdekat amat membimbangkan. Boleh DrJ memberi sedikit pandangan tentang isu ini.