Friday, July 25, 2008

Apa mahu kita??

Setiap kali di sebut istilah pesepakatan,penyatuan,perpaduan dan apa-apa saja yang berkait dengan usaha untuk menjadikan Melayu itu bersama bertaut dan kuat, ramai yang merasa tergugat.Ramai yang terasa lucu dan ramai yang sinis.
Kalangan cerdik pandai Melayu juga sama walaupun ada yang merasa mereka adalah orang yang mempunyai pemikiran yang paling terbuka di kalangan semua...itu belum lagi di kalangan pakar-pakar politik yang mempunyai agenda tersendiri dan retorik.
Dalam piliharaya yang lepas,tak di nafikan rakyat telah membuat pilihan mereka...saya tidak bercadang untuk menyentuh kepada keputusan itu tapi sekadar ingin bertanya,bersatu atau berpecahkah Melayu????
Kemudian timbul pula pertemuan antara 2 parti terbesar Melayu demi perpaduan...bukan kehendak rakyat???atau bukan kehendak seseorang???
Rakyat inginkan sebuah negara yang aman,damai dan makmur.Kita sudah cukup matang,kita inginkan kestabilan ekonomi,keselamatan yang terjamin dan paling minimal gangguan kehidupan.
Melayu secara umumnya mengalu-alukan usaha untuk menguatkan perpaduan antara mereka..dalam keadaan sekarang apabila kita lihat ada golongan bukan Melayu yang merasakan gembira untuk "memukul " Melayu dengan meminta dihapuskan sesuatu yang di sepakatkan bersama dulu.Bila kita tegur di anggap perkauman tapi kalau mereka minta di anggap kesaksamaan dan kewajipan........!!!!
Ini pula di bantu oleh segolongan " bijak pandai" Melayu yang menyatakan ini perlu demi kemajuan dan kejayaan serta memodenkan Melayu.Mereka menyatakan kita kenalah bermain di padang yang sama rata........barulah kita boleh maju.Helah dan muslihat mereka lebih diskriminasi mereka lagi dasyat...sertailah bidang perniagaan kalau nak di rasa!!!!
Maka,kita mestilah memikirkan dengan serius ...........pemimpin yang di pilih mestilah yang benar-benar serius dan ikhlas untuk memperjuangkan perpaduan Melayu serta agenda Melayu ini..untuk bertindak demi Melayu.Bukan yang memikirkan kerana diri sendiri(...jangan hanya fikir aku juga Melayu)
Sambutlah kesungguhan usaha ini dengan iringan doa dan harapan..kerana itulah mahu kita

6 comments:

Anonymous said...

Salam Dr..suatu tulisan hati yang amat menarik..

Anonymous said...

drj...teruskan perjuangan...komen ikhlas drj dan kawan2 memang wajib dari kita terus beramai-ramai berpeleseran dijalanan

Anonymous said...

welcome to the earth of sincerity

Anonymous said...

DRJ,itulah yang benar berlaku.wak rasa kena ramai lagi cucu-cucu wak yang sedar yang kita ini dalam penghujung waktu keselesaan...bersatu untuk anak cicit.

gunung jati said...

Assalamualaikum w.b.t...

Anonymous said...

Tahniah Dr. Membaca coretan Dr membuat hati lebih tenang dan insaf.Bila menyentuh tentang ibu, sayu hati mengenang jasa ibu di kampung. Terima kasih Dr di atas peringatan yang Dr coretkan.