Tuesday, August 5, 2008

KITA NAK BUAT KENDURI...JIRAN AJAK KELAHI??

Heboh dikatakan oleh beberapa pemimpin tak kiralah dari mana pun partinya mengkritik ura-ura penggabungan antara PAS dan UMNO. Biarlah masih diperingkat perbincangan sudah terdengar keluh-kesah di antara mereka.

Secara mendadak, timbul dasar bangsa Malaysia di war-warkan sebagai satu cara penentangan terhadap usaha penggabungan ini kerana ianya dilakukan demi menyatukan umat Melayu di negara ini.

Pelik dan hairan apabila usaha meningkatkan martabat Melayu ini direncanakan, terdengarlah suara-suara sumbang menentang perancangan ini.
Persoalannya..siapakah yang menjadi duri dalam daging yang meniup kepada pengujudan bangsa Malaysia??????

Semenjak merdeka, mereka yang mengutarakan idea bangsa Malaysia ini masih mahu mengekalkan identiti rasmi mereka. Tidak pernah dihalang penubuhan sekolah yang mengekalkan bahasa ibunda.

Disebuah negeri yang tak sampai setahun jagung dipunyai, kerajaan yang memerintah telah menamakan semua jalan dalam bahasa ibunda mereka. Sehinggakan pihak berkuasa juga disarankan agar mempelajari bahasa ibunda mereka agar dapat memberikan perkhidmatan yang baik (kononnya) kepada bangsa asing. Memang pelik, cuba kita lihat di Kanada dan Amerika di mana imigran melimpah ruah dan kedua dua negara itu terkenal dengan acuan demokrasi (kononnya). Tidak pula orang putih itu bertutur dalam bahasa ibunda imigran tadi. Bahkan dalam segala macam borang dan peraturan tidak ada pun ruangan alih bahasa..semuanya dalam satu bahasa “English”.

Tanpa segan silu mereka menyeru agar Jabatan Perkhidmatan Awam membuka lebih banyak jawatan kepada mereka tetapi apakah mereka bersedia mengurangkan monopoli bisnes mereka dengan memberikan pecahan bisnes kepada bangsa Melayu?Siapakah yang tidak berlaku adil??

Mereka menyeru agar ISA dihapuskan..ISA tetap ada di Singapura malah lebih kejam lagi tetapi mereka tidak pernah mengkritik??

Setelah 50 tahun atau lebih berkampung di negara ini, menikmati kehidupan selesa, berjawatan tinggi dan menyedut udara yang sama seperti kita sedut, adakah mereka akan tetap di sini sekiranya berlaku sesuatu ke atas negara ini? Sudah tentu tidak..harta yang dikumpul di bumi bertuah ini telah dilaburkan di negara luar..Membentuk jajahan baru atau menyediakan tempat hinggap yang baru??

Tepuk dada tanyalah diri sendiri..siapakah yang tidak berterima kasih??Apakah beza antara HAK MUTLAK dan HAK ISTIMEWA?

MAKA SEWAJARNYALAH UNTUK PAS DAN UMNO BERBINCANG DEMI MANFAAT UMAT MELAYU..INILAH MAHU KITA..